Wednesday, April 15, 2009

Pernyataan

Punca sebenar penyakit Alopecia Areata masih tidak dapat dikenal pasti. Namun, beberapa kemungkinan dapat diandaikan sebagai kajian beberapa pakar perubatan di Malaysia. Menurut Dr. Ruban Nathan yang merupakan Perunding Dermatologi, Pusat Perubatan Pantai Cheras, Kuala Lumpur berpendapat bahawa Alopecia Areata disebabkan oleh ketidakseimbangan imunisasi seperti kes-kes atopi (satu bentuk tindak balas alergi) seperti yang dialami penghidap asma, ekzema dan rinitis (inflamasi membran mukus di hidung). Secara lebih terperinci bahawa penyakit tersebut berlaku apabila sel darah putih dalam sistem imunisasi pesakit Alopecia Areata mengalami gangguan fungsi dan menyerang sel normal. Sel normal merupakan agen pertahanan tubuh di dalam badan manusia. Namun, apabila gangguan tersebut telah menyerang sel normal maka serangan tersebut terus berlaku terhadap folikel rambut dan menyebabkan fungsi penghasilan rambut terencat.
Selain daripada itu, Alopecia Areata juga dikaitkan dengan keadaan autoimonisasi (kesan lansung) seperti kesan algeri, penyakit tiroid, vitiligo, lupus, atritis, reumatoid dan inflamasi kolon (ulcerative colitis).
Pesakit Alopecia Areata adalah berbeza dengan individu yang mengalami keguguran rambut yang menyebabkan botak. Hal ini kerana, pesakit Alopecia Areata tidak mengalami kehilangan folikel rambut namun aktiviti penghasilan rambut pada folikel direncat oleh sel darah putih yang mengelilinginya. Walau bagaimanapun, pertumbuhan rambut kepada pesakit Alopaecia Areata berupaya tumbuh semula mengikut jangkamasa tertentu.

No comments:

Post a Comment